Lirik Lagu Santesh - Pejam Celik
Lirik Lagu
Santesh - Pejam Celik
Pejam celik pejam celik hari raya sudah menjelma
Setelah lama tidak bersua, kini kita bersama
Walaupun hanya sederhana, namun tetap gembira
Di pagi hari raya hari yang mulia, pagi raya.
Terdengar aku jeritan bonda
Memanggil semuanya di pagi raya
Kelihatan semua sedang bergembira
Baju raya berwarna-warna.
Ada yang sedang menjamu selera
Ketupat rendang di pagi raya
Malam kita bersama, membakar mercun tanda gembira.
Ohh selamat hari raya
Hari untuk bergembira
Setelah lama tidak bersua, namun kini kita beraya
Ohh selamat hari lebaran ketupat rendang sudah disajikan
Kuih raya sudah diberikan duit raya semua gembira.
Ohhh selamat hari raya
Hari untuk bergembira
Setelah lama tidak bersua, namun kini kita beraya
Ohh selamat hari lebaran ketupat rendang sudah disajikan
I kuih raya sudah diberikan duit raya semua gembira.
Terdengar salam di pagi raya
Ramai yang datang bersuka ria
Makcik dan pakcik sedang gembira
Melayan tetamu di pagi raya
Terlihat senyuman anak manja
Diberikan duit raya
Kerana berpuasa kini kita merdeka
Di pagi raya hari yang mulia
Hari untuk bergembira
Setelah lama tidak bersua, namun kini kita beraya.
Ohh selamat hari lebaran ketupat rendang sudah disajikan
I kuih raya sudah diberikan duit raya semua gembira.
Ohh selamat hari raya
Hari untuk bergembira
Setelah lama tidak bersua , namun kini kita beraya
Ohh selamat hari lebaran ketupat rendang sudah disajikan
Kuih raya sudah diberikan duit raya semua gembira
Ohh selamat hari raya.
Vous pouvez l'écouter sur un certain nombre de services de streaming musical tels que Spotify, Joox, Langit Musik, Google Play, Pandora, SoundCloud, Deezer, Amazon Music, iTunes, Apple Music ou en streaming sur le site Youtube suivant.
MUSIC VIDEO Santesh - Pejam Celik
