Lirik Lagu The Truth - INFINITI feat TrvthFam

Lirik Lagu
The Truth - INFINITI feat TrvthFam

Sekian ramai yang ku bertemu-berpisah
Di hatiku hanya jejakmu yang tersisa
Ajaib hadirmu sentiasa mengubat resah
Kerana itu aku tahu kau bukanlah biasa.

Di sisimu walau berjam lama menjadi terapiku
Hingga pantas terasa tiap milisaat berlalu.

Hingga INFINITI kelanaku bersamamu
Kerana tautan ini tak kenali penghujung
Pintaku hanya, Sambut tanganku
Andai tak temu ku di syurga
Wallahi ku sayang padamu.

Adakala tampilmu saat rohku menanggung lesu
Walau tanpa bicara, hadirmu memulih imanku
Entah sihir apa yang kau guna terhadapku
Mungkin doamu padaku dalam diam punca ketenanganku.

Tiada wang ringgit, perak dan emas sebagai ganti ikatan ini
Namun mungkin kasihku tak setanding walau secubit nilaian itu
Maafkan aku bukan mahirku menzahirkan rasa cinta
Kerana aku tak punya apa selain kiriman doa.

Ku harap nanti di alam akhir
Tiada hutang maafku berbaki
Dan takkan terpisah kita ke syurga
Bersama ooo.

Hingga INFINITI kelanaku bersamamu
Kerana tautan ini tak kenali penghujung.

Hingga INFINITI tak mampu dihitung lagi
Kembara kasih ini selamanya tak terhenti
Jalinan ini
Kan jadi bukti
Berpisah bukannya pilihan.

Hingga INFINITI kelanaku bersamamu
Kerana tautan ini tak kenali penghujung
Pintaku hanya
Sambut tanganku
Andai tak temu ku di syurga
Wallahi ku sayang padamu.

MUSIC VIDEO The Truth - INFINITI feat TrvthFam

Popular posts from this blog