Lirik Lagu Vita Alvia - Hanya Satu Persinggahan
Lirik Lagu
Vita Alvia - "Hanya Satu Persinggahan"
Di sini kasih pernah berbunga
Tiada harum, tiada warna
Di sini cinta pernah membara
Tanpa bahang dan tanpa apinya
Begini yang kurasa
Hidup kita berdua.
Di sini langit mendung selalu
Tiada cahya menyinariku
Di sini aku tiada berdaya
Mengikut kata tanpa bicara
Kerana engkau tahu
Aku tidak sepadan denganmu.
Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabadian yang rela
Pemergianku, oh, kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurna.
Anggaplah kehadiranku
Hanya satu persinggahan
Aku tidak menjanjikan mahligai impian
Sebagaimana kau harapkan.
Biarlah jauh dari pandangan
Dari pada dekat penuh siksa
Biar berduka, biar melara
Dari sengketa sepanjang masa
Janganlah engkau harap
Ku menghambakan diri.
Nanti kau tahu artinya sepi
Bagaikan pisau menghiris hati
Nanti kau tahu artinya rindu
Bagai tersusuk duri sembilu
Batin akan tersiksa
Jasad pasti merana olehnya.
Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabadian yang rela
Pemergianku, oh, kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurna.
Anggaplah kehadiranku
Hanya satu persinggahan
Aku tidak menjanjikan mahligai impian
Sebagaimana kau harapkan.
MUSIC VIDEO Vita Alvia - Hanya Satu Persinggahan
