Lirik Lagu Chubb-E feat Amir Masdi - Biru Malam

lirik-lagu-chubb-e-feat-amir-masdi-biru-malam
Lirik Lagu
Chubb-E feat Amir Masdi - Biru Malam

Walau senyum indah cahaya
Bagai bulan kala gelita
Namun hati masih gelisah
Terkenang dirimu.

Walau bibir indah berkata
Hilang dalam dunia tawa
Sendiri bertemankan purnama
Menanti dirimu
Biru malam.

Disaat diri tak berteman
Sendiri mencari jawapan
Adakah mampu aku terus berjalan.

Ku hanya mampu tuk berdoa
Agar semua tak sengsara
Gelap ku menanti bulan menyinar agar bercahaya.

Aku berjanji akan ku cari diri ini
Yang lemas didalam mimpi
Ku ubah jadi realiti.

Ku sedar diri ini tidak sempurna
Senyuman menutupi hati yang luka
Pada tuhan ku berserah
Kuatkan hati diri takkan menyerah.

Sebelum nafas akhir
Diri ditelan bumi
Biarku mengenali diri.

Apa ku harus berikan hati
Pada semua insan
Walau diriku tak mampu
Namun.

Aku berjanji akan ku cari diri ini
Yang lemas didalam mimpi
Ku ubah jadi realiti.

Janji aku tidak akan menyerah
Resah tapi tidak akan berserah
Biru malam akan aku cari
Setia walau sendiri menanti.

Ku dicipta bukan untuk mengalah
Masih bersyukur walaupun merana
Kerana setiap apa yang ada
Punyai sinar cahya tak terkata.

Walau senyum indah cahaya
Bagai bulan kala gelita
Namun hati masih gelisah
Terkenang dirimu.

Walau bibir indah berkata
Hilang dalam dunia tawa
Sendiri bertemankan purnama
Menanti dirimu
Biru malam.

Tanpa sedar hidup ini perlu kesedaran
Tanya pada hati adakah jiwa ini perlukan kemenangan
Adakah diriku selesa
Menjadi watak yang berbeza
Aku angkat kedua tangan menanti jawapan biru malam.

Sie können es auf einer Reihe von Musik-Streaming-Diensten wie Spotify, Joox, Langit Musik, Google Play, Pandora, SoundCloud, Deezer, Amazon Music, iTunes, Apple Music oder Streaming auf der folgenden Youtube-Site anhören.
MUSIC VIDEO Chubb-E Feat Amir Masdi

Popular posts from this blog