Lirik Lagu Boboy - Dalam Benci Ada Rindu
Lirik Lagu / Lyrics
Boboy
"Dalam Benci Ada Rindu"
Sedang bercinta
Apakah kau bahagia
Kerna rindu dendam
Telah kau baca.
Berada diambang kasturi
Hanya kita berdua sahaja
Dibuai angin dingin
Biar selama-lamanya.
Jika berpisah
Adakah kau gelisah
Tangis luka hiba
Seperti insan lara.
Merenung laut bergelora
Tak ku seandainya sendirian
Lemas mencari ruang untuk bernafas.
Usahlah kau mengambil hati
Jikalau aku bersendiri
Diuji oleh hidup ini
Dalam benci dalam rindu ada semua.
Meredah rimba yang berduri
Ada jurang tidak kau sedari
Setenang kasih dipagar mata
Mudahnya terpedaya.
Walau putih puncak singgahsana
Walau pun tidurku di atas permata
Tidakkan lena jika kau tidak bersama
Itu kehendaknya itu suratannya.
MUSIC VIDEO Boboy - "Dalam Benci Ada Rindu"